Wednesday, October 27, 2010

Bahaya penyakit takbur


Pada satu ketika Nabi Muhammad S.A.W Berjalan melalui sekelompok sahabat yang sedang berkumpul.Baginda bertanya"mengapa kamu berkrumpul disisni'? ya ! Rasulullah ini ada orang gila sedang mengamuk,Sebab itu kami berkumpul disini''.Rasulullah bersebda "orang ini bukan gila.Ia sedang mendapat musibah.Tahukah kamu.siapakah orang gila yang sebenar"

Para sahabat menjawab" tidak ya ! Rasulullah,''
Baginda menjelaskan,'' orang gila ialah orang yang berjalan dengan takbur,yang memandang orang dengan pandangan yang merendahkan,yang membusungkan dada,berharap akan syurga Allah sambil berbuat maksiat,yang kejahatanya membuat orang tidak aman dan kebaikanya tidak pernah diharapkan,itulah orang gila sebenarnya.adapun orang ini ,dia hanya sedang mendapat musibah.''

Orang yang terkena penyakit saraf otak sebagaimana yang sering dilihat merayau -rayau tidak keharuan, Orang ini tidak dianggap ''gila " oleh nabi Muhammad s.a.w melainkan sedang ditimpa penyakit.Manakala yang disebut oleh nabi "(al-majnum haqqal majnun?) orang yang takbur,sombong,biadab,yang perbuatannya merugikan orang lain manakala kebaikan nya tidak memberi manfaat sedikitpun,ini lah yang gila sebenarnya

Manakala orang gila yang terkena gangguan saraf hanyalah orang yang menderita"mubtala' (musibah) atau orang-orang yang sedang sakit,orang-orang sebegini perlu dikasihi dengan perhatian oleh masyarakat bukan diketawa atau dijadikan bahan jenaka apa lagi dicaci,orang yang kena musibah sebegini perlu dikasihi,diubati dan dibantu dengan seberapa yang mampu

Bagaimana dengan orang yang berpenyakit takbur iatu panyakit warisan iblis yang tak dapat cium bau syurga pula di sanjung oleh segolangan masyarakat hari ini sedangkan merekalah yang gila

Rasulullah bersabda kepada Abu Zar :Wahai Abu Zar,barang siapa mati dalam hatinya ada sebesar debu sahaja dari takbur,ia tidak akan mencium bau syurga,kecuali bila ia bertuabat sebelum maut menjemputnya''Rasulullah bertanya kepada Abu Zar.''Bagaimana perasaan hatimu?''
Abu Zar.''aku dapati hatiku kebenaran dan tenteram didalamnya
(jawab)Rasulullah s.a.w"yang demekian itu tidak termasuk takbur.Takbur itu meninggalkan kebenaran dan kamu mengambil selain kebenaran.Kamu melihat orang lain dengan pandangan bahawa kehormatanya tidak sama dengan kehormatan mu,darahnya tidak sama dengan darahmu..''

Kesalahan yang paling utama menimpa diri manusia dari akar umbi adalah kesombongan,sifat kesombongan ini menjadi raja pada mereka yang lupa bahawa dunia iini adalah pentas lakonan syaitan manakala manusia dalah dijadikan sebagai makhluk yang mulia.Bila sifat syaitan ini telah mencorakan kejahatan dalam diri ,ia tidak mengira siapa dia,baik ulamak atau tidak

Bila pembangkangan terhadap Allah telah meluas samada sedar atau tidak ,sesungguhnya sifat sombong itu telah beranak pinak dalam hati manusia islam yang sememangnya kesukaan syitan untuk menghasutnya

Corak pembangkangan yang dilakukan bukanlah pekara yang susah untuk di lihat,bila perintah tidak dipatuhi dengan lisan dan perbuatan,tak perlulah para manusia membangunkan melalui kain-kain rentang sebagaimana protes-protes rakyat pada pemimpin mereka

Hasilnya bagi pengidap penyakit ini adalah terhapusnya amalan baik yang mereka lakukan tak kira siapa dia.samada guru tahfiz atau mufti dan juga yang bergelar tok guru ,Mereka menjadi hina didunia ini walupun murid dan penggikut beribu, apa lagi di ikhirak jika tidak sempat bertaubat