Tuesday, August 12, 2008

zikir

BERZIKIRLAH KERANA ALLAH BUKAN KERANA SESUATU YANG LAIN
12-08-2008 : 1400-1745

Zikir menyuburkan Hati

Telah djelaskan samaada dalam alquran dan hadis bahawa zikir kepada allah adalah merupakan darjat paling tinggi dibandingkan dari segala macam ibadah.kerana ibadah adalah sebagai kunci perantaraan muslim menginggati Allah taala .dengan kerana itu zikir adalah cita cita yang paling tinggi dan tujuan yang paling jauh pula

Zikir pula ada dua macam
1-Lisan = dilafazkan perkataan zikir itu spt allah,allah,allah dan lain-lain
2-Hat i= tampa dilafazkan dengan lisan dan tidak didapat dengar dengan telinga,malah ia seiringan dengan berfikir hal-hal kebesaran allah bersama perasaan Hati.dengan demekian,merupakan martabat zikir denga hati adalah yang paling utama dan tinggi

Sebagaimana diriwayatkan dalam sebuas hadis rasulullah saw bahawa bertafakur hanya pada Allah sejenak itu lebih baik daripada beribadah 70 tahun

Hal spt yang dinyatakan itu tidak akan dapat diperolehi keculi berzikir dengan lisan juga kesedaran hati,sehingga zikir itu tetap kukuh dihati, semuga terhindar dari berpaling kepada selain Allah

Manusia sebagai makhluk yang dimulia oleh allah dan penciptaannya pula adalah sebaik sebaik pencipta tak lain hanyalah Allah yang wajib berkuasa atas segala yang berkuasa,manakala perbuatan yang dilakukan berubah ubah.Begitu juga keimanan yang ada pada diri seseorang itu juga ada kurang dan ada bertambah, ibarah suhu bumi ada tempatnya sejuk dan ada tempat lain pula panas juga sederhana
Manakala ketaatan orang beriman itu berbeza berbeza darjatnya disi Allah taala.ada pun dalam iman mereka itu tidak berbeza , kerana kepada Allah sahaja mereka beriman
Maka yang dikehandaki itu adalah keyakinan dan wujudnya iman seterusnya dibaja dengan amalan soleh

Sesunggunya orang beriman itu adalah musuh kepada iblis dan segala keturunannya
Hal ini telah diceritakan sendiri oleh iblis kepada Rasulullah saw kerana perintah Allah

Hai Iblis berapkah musuh mu dari umatku (:Tanya rasulullah pada iblis)
Ada 15 (jawab iblis)

1-engkau sendiri ya Muhammad
2-pemimpin yang adil
3-orang kaya yang tawadhuk
4-peniaga yang jujur
5-orang alim yang mengerjakan solatnya yang khusyuk
6-orang mukmin yang nasihat menasihati
7-orang mukmin yang saying menyayangi
8- orang yang selalu bertaubat
9-orang yang wara’ dari yang haram
10-orang mukmin yang selalu dalam kedaann suci
11-orang mukmin yang selalu bersedekah
12-orang mukmin yang berakhlak mulia
13-orang mukmin yang selalu bermenfaat pada orang lain
14- orang yang selalu hafal quran dan selalu membacanya
15-orang yang berdiri untuk solat malam sedangkan orang lain sedang tidur


Airmata nabiAdam as

Diterangkan bahawa apabila telah tiba hari kiamat maka keluarlah dari neraka jahanam suatu api besar spt gunung maka api itu menuju umat Muhammad saw,maka nabi muhammad saw berusaha dengan bersungguhsungguh untuk menghindarkanya akan tetapi tidak mampu.lalu baginda berseru: hai ! jibril sesungguhnya benar benar api neraka menyerang umatku dan akan membakar mereka”maka jibril as datang dan menyerahkan segelas air kepada nabi Muhammad saw seraya berkata: ‘ wahai rasulullah ambilah air ini lalu siramkan kepada api itu
Ketika nabi menyiramkan air itu,maka api itupun mati seketika ,maka nabi Muhammad saw bertanya jibril: “air apakah ini belum pernah saya melihatnya yang seampuh ini memadamkan api

Malaikat jibril as menjawab air ini hanyalah air mata umat mu,yang menangis oleh sebab takutnya pada allahtaala disaat meraka menyediri,maka Allah tuhanku memerintah aku sepaya aku mengambilnya serta memelihara sampai waktu engkau memerlukanya,untuk memadamkan api yang menyerang umat mu

Diterangkan bahawa nabi Adam telah menangis selama tiga ratus tahun,ketika turun dari syurga dan dia tidak mengangkat kepala kelangit kerana malu pada Allah taala dan dia bersujud atas gunung himalaya di india. Selama seratu tahun maka dia menangis lagi hingga airmtanya mengalir kelembah sarandip,maka allah telah menumbuhkan pohon pohon kayu manis dan pohon pohon cengkih dilembah .dari air mata nabi adam tersebut

Burung-burung bersama sama meminum air mata nabi Adam.burung burung itu berkata,
Kami belum pernah minum air yang lebih lazat daripada ini.nabi Adam mengira burung burung itu mengejeknya kerana perbuatan derhakanya,,maka Allah memberi wahyu kepada Adam”hai Adam aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat lagi lebih hebat daripada air matanya orang orang taubat dari kederhakaanya

Sebagai mana Allah berfirman:” “takutlah hati mereka….(petikan ayat al-quran)
Kata ahli hikmah takut itu ada dua macam
1-takut kepada seksa,iatu takutnya orang orang yang berbuat derhaka
2-takut kehebatan Allah dan keagunan Allah iatu takut orang orang yang istemewa kerana mereka mengetahui kebesaran Allah,kalau seorang yang beriman ,apabila nama Allah disebut maka hatinya menjadi gemetar,sesuai dengan kadar tingkatanya dalam menginggati pada Allah


Abu hurairah meriwayat sebuah hadis dari nabi Muhammad saw
sesungguhnya didalam syurga itu terdapat seratus tingkat darjat,yang antara dua darjat jaraknya seratu tahun

Fudhail bin Iyadh berkata :
kejahatan itu telah dicipakan seluruhnya dirumah seseorang, sedangkan kuncinya adalah cinta dunia dan kebaikanya pun telah dicipta dirumah seseorang dan kuncinya adalah zuhud(meninggalkan urusan dunia yang akan tidak membuat meraka tersesat)maka seharunya engkau selalu zuhud sehingga mereka memperolehi beberapa darjat yang tinggi

Amal yang didasari hati yang ikhlas

Imam nawawi telah membahagi amal yang disertai dengan niat yang baik pada tiga bahagian
1-Amal yang dikerjakan kerana ingin mendapat syurga dan pahala.amal inidinamakan ibadat saudagar
2-Amal yang dikerjakan kerana malu pada allah dan kerana dilaksanakan hak kehambaah dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri yang masih masi dalam kecuaian dan kebinbangan yang ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak.amal ini dinamakan ibadah yang merdeka

3-Amal yang dikerjakan kerana takut kepada allah . amal ini dinamakan ibadah hamba

Amal yang ikhlas adalah semata mata diniatkan kerana allah tidak kepada yang lain

Seperti yang di riwayatkan bahawa seorang lelaki telah datang kepada rasulullah saw lalu berkata;Ya rasulullah ,ada seorang lelaki yang bersedekah dan ia suka dipuji dan diberi pahala kepadanya.. rasulullah tidak berkata apa-apa kepada orang itu sehingga diturunkan ayat yang bermaksud:”maka barang siapa yang mengharapkan pertemuan dengan tuhannya,hendaklah mengerjakan amal soleh dan janganlah ia sekutukan seorang pun dalam beribadah kepada tuhanya.”
(surah al-kafi ayat;;110)

Abu lait al-samirqandi berpendapat bahawa apa –apa yang dikerjakan kerana Allah adalah diterima dan apa yang dikerjakan kerana manusia adalah ditolak
(amal yang dikerjakan bukan kerana Allah adalah ditolak)

BERZIKIRLAH KERANA ALLAH DAN JANGANLAH KERANA SESUATU YANG LAIN DARI -NYA

Semuga dirahmati Allah keatas kamu semua ;;;; amin